Jangan Ambil Mudah dengan Musim Jerebu‼️
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat telah direkodkan semalam di 11 kawasan Semenanjung Malaysia pada 2 Okober 2023 yang lalu
Orang ramai mestilah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan penjagaan kesihatan semasa musim jerebu ini dengan:
✅Elakkan dari melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan seperti berjoging
✅Sentiasa berada di dalam bangunan
✅Memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan
✅Minum air kosong secukupnya
✅Jangan melakukan pembakaran terbuka seperti membakar sampah
✅Dapatkan rawatan di fasiliti yang terdekat jika berasa tidak sihat
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & Astro Awani